BUKU JURNAL REFLEKSI LATIHAN INDUSTRI
Pengenalan
Buku Jurnal Refleksi Latihan Industri ini adalah buku rasmi yang dikeluarkan oleh Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI), Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun, Terengganu untuk kegunaan para pelajar yang akan menjalani Latihan Industri (LI). Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), urusan pemberian buku ini tidak dapat dilakukan. Masih terdapat pelajar yg masih belum mengambil buku di kaunter UPLI. Oleh yang demikian, pihak UPLI PSMZA mengambil inisiatif dengan memberikan salinan buku ini (softcopy) di blog UPLI PSMZA (www.uplipsmza.blogspot.my) dan para pelajar DIWAJIBKAN untuk mencetak semua helaian yg telah diberikan dan menjilid (cth : comb binding) supaya helaian berkenaan menjadi satu buku Jurnal Refleksi.
Laporan Harian dan Mingguan
Pelajar perlu mencetak halaman Refleksi Harian beserta halaman Rajah/Gambar/Carta Alir secara depan belakang dalam 1 helaian kertas dan perlu mencetak mengikut bilangan hari bekerja di syarikat. Sebagai contoh pelajar perlu mencetak sebanyak 6 helaian seminggu (sekiranya bekerja 6 hari seminggu) dan disusuli oleh refleksi mingguan 1 helaian. Oleh itu, jumlah keseluruhan laporan harian beserta mingguan berjumlah 20 minggu. (tempoh pelajar menjalani Latihan Industri selama 20 minggu).
Tanggungjawab pelajar terhadap Buku Jurnal Refleksi
i. Sentiasa membawa Jurnal Refleksi ke tempat latihan.
ii. Memastikan ia sentiasa dikemaskini setiap hari.
iii.Menyerahkannya untuk ditandatangani dan dicop oleh pegawai/penyelia syarikat pada setiap minggu pada ruangan Refleksi Mingguan.
iv. Menjaganya dengan baik sepanjang masa.
PERHATIAN!!
Buku ini akan disemak oleh Pensyarah Pemantau Latihan Industri yang dilantik apabila bermulanya proses pemantauan nanti.