Unit Perhubungan dan Latihan Industri(UPLI) diberi mandat sebagai unit peneraju dalam menguruskan pelajar untuk menjalani Latihan Industri (LI). Diletakkan di bawah pengurusan Timbalan Pengarah Akademik (TPA), fungsi utama UPLI adalah mengendalikan kursus Latihan Industri(LI) DUT 40110 yang membawa 10 jam kredit . Unit ini bertanggungjawab dalam mengurus, menempatkan pelajar di firma, memantau dan menilai kursus LI-DUT 40110 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin(PSMZA).
UPLI diketuai oleh Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri dibantu oleh 2 orang Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri(LI), dan seorang pembantu tadbir. Pengurusan UPLI turut dibantu oleh penyelaras Latihan Industri Jabatan (PLIJ).
Kursus Latihan Industri (LI) – DUT 40110 merupakan kursus yang wajib diambil oleh setiap pelajar pada semester akhir dalam mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran berkaitan di tempat kerja, berkomunikasi secara berkesan dengan pihak atasan dan rakan sekerja, mengamalkan semangat kerja berpasukan, profesional dan beretika serta mematuhi dasar dan prosedur organisasi adalah hasil pembelajaran yang diharapkan bagi setiap pelajar yang menjalani LI.
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) adalah salah satu unit dalam organisasi Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang bertanggungjawab untuk menguruskan proses berkaitan latihan industri pelajar. Secara Keseluruhannya terdapat 5 fungsi utama UPLI iaitu :
- Merancang dan menyelaras semua aktiviti latihan industri yang perlu diikuti oleh pelajar meliputi persediaan sebelum menjalani latihan industri, semasa menjalani latihan industri dan selepas menjalani latihan industri.
- Menyelaraskan lawatan penyeliaan ke tempat pelajar-pelajar menjalani latihan industri.
- Menyelaras proses penilaian latihan industri setelah pelajar tamat menjalani latihan industri.
- Mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak swasta, badan berkanun dan kerajaan bagi mendapatkan tempat latihan industri pelajar yang bertepatan dengan bidang.
- Bekerjasama dengan organisasi latihan bagi membolehkan pelajar mendapat manfaat semaksima yang mungkin dari latihan industri yang dijalani.