Untuk makluman para pelajar, sesi penilaian/pembentangan dan Pendaftaran Tamat Latihan Industri Sesi Jun 2019 akan diadakan pada 18 & 19 November 2019 (ISNIN & SELASA). Sehubungan dengan itu, satu taklimat berkaitan akan diadakan pada 18 November 2019 bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU), PSMZA bermula jam 9.00 pagi. Sila rujuk tentatif yang disertakan. Para pelajar yang menjalani LI sesi Jun 2019 (yang tamat pada 15 November 2019) diwajibkan menghadiri program ini sebagai satu syarat wajib sebelum disahkan tamat LI.
Bagi sesi penilaian/pembentangan Latihan Industri, para pelajar dikehendaki untuk membuat temujanji bersama Pensyarah Penilai masing-masing mengikut senarai nama pensyarah penilai yang akan dimuat naik di www.uplipsmza.blogspot.my pada atau selewatnya pada 10 NOVEMBER 2019 (AHAD). Proses penilaian/pembentangan ini adalah pada 18 ATAU 19 NOVEMBER 2019 serta tempat adalah bergantung kepada temujanji yang dibuat antara pelajar bersama Pensyarah Penilai berkenaan serta berdasarkan slot penilaian/pembentangan yang telah ditetapkan oleh UPLI. Ketika proses penilaian/pembentangan, pelajar diminta BERPAKAIAN KEMAS dan MEMBAWA KAD MATRIK.
Sila baca dan fahami dokumen dibawah :
Makluman Penilaian/Pembentangan LI Sesi Jun 2019