MAKLUMAN
Festival Kerjaya dan Industri 1.0 (FesKInd 1.0)
Untuk makluman pelajar, program Festival Kerjaya dan Industri 1.0 (FesKInd 1.0) akan diadakan pada 28 April 2019 (AHAD) bertempat di Dewan Dagang, PSMZA. Para pelajar boleh merebut peluang untuk menghadiri sesi temuduga bersama pihak syarikat yang akan hadir pada hari tersebut. Pelajar yang berminat perlu menyediakan RESUME dan SIJIL yang berkaitan.
Penilaian/Pembentangan LI
Bagi sesi penilaian/pembentangan Latihan Industri, para pelajar dikehendaki untuk membuat temujanji bersama Pensyarah penilai masing-masing mengikut senarai nama pensyarah penilai yang akan dimuat naik di www.uplipsmza.blogspot.my pada 15 APRIL 2019 (ISNIN). Proses penilaian/pembentangan ini adalah pada 29 ATAU 30 APRIL 2019 dan bergantung kepada temujanji yang dibuat antara pelajar bersama Pensyarah Penilai berkenaan.
Ketika proses penilaian/pembentangan, pelajar diminta BERPAKAIAN KEMAS dan MEMBAWA KAD MATRIK.
Sila baca makluman dibawah untuk penerangan lebih lanjut berkaitan dokumen yang perlu dibawa dan kaedah pengisian dokumen-dokumen berkenaan :