Makluman..
Seperti yang diwar-warkan didalam taklimat pengenalan dan persediaan li sebelum ini, pelajar PSMZA adalah dilindungi insuran secara berkelompok.
Pembayaran telah dijelaskan ketika pelajar mendaftar masuk ketika di semester 1. Tempoh perlindungan ini adalah selama 3 tahun (6 semester). Pembayaran akan tamat selepas dari 3 tahun atau lebih tepat selepas tamat menjalani latihan industri.
Walaubagaimanapun, terdapat segelintir pelajar yang menjalani li pada semester 7, 8 @ 9. Pelajar-pelajar ini adalah TIDAK DILINDUNGI INSURAN kecuali telah membuat pembayaran insuran secara individu melalui pegawai HEP untuk sambungan insuran perlindungan diri. Pihak UPLI PSMZA tidak akan bertanggungjawab terhadap pelajar-pelajar yang tidak menjelaskan pembayaran sambungan perlindungan insuran diri SEKIRANYA BERLAKU KEMALANGAN/KECEDERAAN di tempat pelajar menjalani latihan industri.
Sila cetak Covernote Insuran Diri sekiranya diminta oleh pihak syarikat
Covernote Insuran
11 Dec 2018
December 11, 2018
UPLIPSMZA
DISEMBER 2018, INSURAN
Related Posts:
LI SESI DISEMBER 2018 : MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR PSMZA MAKLUMAN MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR Jemputan kepada pelajar (seperti di lampiran) sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar PSMZA Tarikh : 14 Februari 2019 (Khamis) Tempat : Dewan Dagang, P… Read More
LI SESI DISEMBER 2018 : TAHNIAH DAN SYABAS Tahniah dan syabas kepada pelajar semester akhir (sedang menjalani li) yang telah berjaya mendapat ANUGERAH KETUA JABATAN bagi sesi Disember 2017 dan Jun 2018.… Read More
LI SESI DISEMBER 2018 : PENYEDIAAN SIJIL (CERTIFICATE OF COMPLETION) BAGI PELAJAR YANG AKAN TAMAT LIAssalamualaikum dan Salam Sejahtera..Seperti yang telah diwar-warkan kepada pelajar berkenaan PENYEDIAAN SIJIL (Certificate of Completion) bagi yang berjaya menamatkan sesi latihan industri sesi Disember 2018.Disert… Read More
LI SESI DISEMBER 2018 : MAKLUMAN AWAL PROSES PENILAIAN/PEMBENTANGAN DAN HARI KERJAYA PSMZA 2019MAKLUMAN AWAL 1. Semua pelajar DIMESTIKAN berada di DEWAN DAGANG pada 28 April 2019 (AHAD) bermula jam 8.30 pagi bagi tujuan taklimat kerjaya sempena HARI KERJAYA PSMZA 2019. 2. Proses penilaian/pembentangan (presentation) … Read More
LI SESI DISEMBER 2018 : PERMOHONAN MENDUDUKI KAMSIS KETIKA PROSES PENILAIAN LIAssalamualaikum dan Salam Sejahtera Seperti yang telah dimaklumkan, pelajar yang sedang menjalani Li (Sesi Disember 2018) perlu menghadiri Hari Kerjaya (28 April 2019) dan Sesi Penilaian/Presentation Li (29 @ 30 April 2019).… Read More