Salam & selamat sejahtera.
Perhatian kepada pelajar yang sedang menjalani LI Sesi Disember 2017
Sesi pendaftaran tamat LI akan bermula pada 15/4/2018 sehingga 17/4/2018.
Untuk makluman pelajar, satu program HARI KERJAYA akan diadakan pada 16 April 2018 bertempat di Dewan Dagang. Para pelajar boleh merebut peluang untuk menghadiri sesi temuduga memandangkan beberapa syarikat akan hadir pada hari tersebut.
Pelajar yang berminat boleh bawa bersama Resume dan dokumen sokongan lain serta berpakaian yang sesuai.
Bagi sesi PENILAIAN LI, para pelajar dikehendaki untuk membuat temujanji bersama pensyarah penilai masing-masing mengikut jadual yang akan dimuat naik di www.uplipsmza.blogspot.my pada minggu ke-18 LI.
Bagi proses PENDAFTARAN TAMAT LI, sila bawa bersama:
1. Kad pelajar
2. Kad pengesahan tamat latihan (Lengkap ditandatangan & cop penyelia)
3. Appendik 1 & 2 (lengkap dinilai & 'seal' oleh penyelia)
4. Laporan akhir Li
- Hardcopy: Comb binding
- Softcopy: Laporan dalam bentuk PDF yang telah LENGKAP ditandatangani oleh penyelia pd ruangan PERAKUAN
5. Slaid pembentangan (Slaid pembentangan perlu mengandungi latarbelakang syarikat dan laporan teknikal (Bab 4) sepanjang pelajar berada di organisasi)
6. Salinan sijil penghargaan/kepakaran/kemahiran dari syarikat (sekiranya ada).
* Sebarang kemusykilan boleh hubungi 09 840 0913 atau dtg terus ke Upli Psmza.
** Jadual pensyarah penilai akan dipaparkan bermula 25 mac 2018 di blog ini.