MAKLUMAN BERKAITAN CUTI KETIKA LI (FASA 1 & FASA 2)
Garis Panduan LI (Pelajar) Edisi 2013
Pelajar tidak dibenarkan mengambil cuti sewaktu menjalani LI kecuali dengan kelulusan organisasi berkaitan. Walaubagaimanapun, sebarang cuti bagi tujuan urusan rasmi perlulah terlebih dahulu mendapat kelulusan syarikat dan memaklumkan kepada UPLI..
Untuk makluman sebarang cuti yg diambil mestilah mendapat kebenaran drpd pihak syarikat terlebih dahulu. Untuk urusan kecemasan, pelajar perlu memaklumkan kepada pihak syarikat dgn segera.
Kaedah Mengambil Cuti
1. Mendapatkan kebenaran/kelulusan pihak syarikat terlebih dahulu dengan mengisi borang yg terdapat di syarikat.
2. Borang berkenaan/salinan perlu ditampal pd Buku Jurnal Refleksi pada ruangan hari pelajar tidak hadir.
3. Mengisi bahagian Rekod Cuti Pelajar pada buku Jurnal Refleksi.
4. Mengisi Link Pemakluman Cuti (bagi tujuan memaklumkan cuti kpd pihak UPLI) seperti dibawah atau di bahagian LI SESI DISEMBER 2020 yang terdapat di blog upli psmza (www.uplipsmza.blogspot.my).
Peringatan!
i. Setiap ketidakhadiran pelajar ke tempat LI akan tetap dikira sbg tidak hadir dalam pengiraan kehadiran 80% walaupun pelajar mempunyai surat kebenaran cuti/mc. (Tidak sama dengan pengiraan ke kuliah).
ii. Surat kebenaran cuti/mc hanyalah bagi tujuan mengelakkan dikenakan tindakan tidak hadir tanpa sebab. (rujuk gambar tindakan/hukuman spt attachment).
iii. Sekiranya pelajar mengalami kemalangan dan memperoleh sijil sakit/mc melebihi 6 Hari, pelajar diwajibkan memhubungi pihak UPLI PSMZA dengan kadar segera.